Ini adalah untuk menjaga jangka hayat laptop korang supaya bertahan lama dan tidak mengalami masalah overheating .Ini disebabkan , apabila sistem HSF (Heatsink Fan) laptop berfungsi, ia akan menyedut udara dari luar dan udara ini ada partikel-partikel seperti debu, pasir halus bersamanya.Dan bila debu-debu ini terperangkap, didalam heatsink, ia akan berkumpul menjadi tebal serta menghalang dari udara masuk dan keluar dari heatsink.
Kadang-kadang semut halus juga, suka bersarang didalam laptop.
Kalau laptop dah ada problem baru nak buat, sediakan la duit korang banyak-banyak untuk baik pulih laptop jika tersalah hantar ke kedai Komputer yang cekik darah.Nak servis Laptop ni korang boleh buat sendiri, tak perlu nak habiskan wang rm40-60 untuk hantar kekedai Komputer untuk buat servis.
Apa tanda-tanda Laptop korang mengalami masalah overheating
- Fan laptop berbunyi kuat dan tiada angin keluar dari ventilation laptop
- Laptop selalu hang
- Laptop selalu dapat masalah Blue screen (BSOD)
- Laptop sering OFF sendiri dan kadang-kadang restart secara tiba-tiba.
- Bilah kipas boleh patah
- Kipas overload dan overworking, memendekkan hayat kipas
Pastikan cabut dulu battery cmos(bios) laptop selepas dah buka casing laptop, sebab untuk elakkan motherboard dari kena elektrik static dari tangan atau berus masa nak cuci habuk laptop.Ini juga boleh menyebabkan masalah yang awak kena (laptop tak boleh booting).
Apa Tools dan Software yang perlu untuk servis-cuci bahagian dalam laptop:
Tools:
- Skru driver
- Berus Cat
- Thermal Paste/Compound
- Battery Pack 5V(Untuk test kipas Heatsink)
- Minyak Gris atau Penyebur Aerosol WD40 (sebagai pelincir dikawasan kipas berpusing)
Software
- HW Monitor
- Model/Brand Laptop Disassembly Help
- Guna blower elektrik atau vakum cleaner untuk sedut debu (cara ini hanya untuk sementara sahaja dan kurang efektif untuk selesaikan masalah overheating laptop, kerana bila dah 1-3 tahun tak pernah servis cuci, debu ni akan jadi bentuk serat kain yang tebal, dan jika blow dan sedut dari luar hanya sikit sahaja debu dapat keluar semula dan biasanya bila dah 1-3 tahun tak pernah servis thermal compound akan jadi keras (thermal compound ni gunanya sebagai heat tranfer antara processor/chipset ke Heatsink) dah tak bagus untuk heat tranfer).
DELL STUDIO 1535
ACER ASPIRE 4736Z
Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Artic_silver
0 comments:
Post a Comment