Monday, October 31, 2016



MASALAH
Masalah laptop ni adalah, Video LCD Laptop hanya ada(keluar) pada kedudukkan tertentu.Apabila Lcd lid berada  pada kedudukan 90 darjah, takda video pada LCD hanya ada layar putih sahaja, tapi bila Lcd lid panel digerakkan kepada kedudukan tertentu baru ada video .Contoh macam laptop toshiba yang aku baiki duluContoh baiki riben LCD





SOLUTION :
Lcd berada dalam keadaan baik selepas riben baru ditukar.Tapi laptop ni juga ada masalah bereket hinges patah sebelah kiri, bila nak tutup atau buka panel LCD, sebelah kiri bergoyang dan pemegang skru hinges kiri juga patah.JIka masalah ini dibiarkan lama, ia akan merosakkan cover panel LCD nanti.


Berekat hinges aku baiki dengan hantar welding dekat kedai kawan aku(Tips baiki hinges/engsel ).Dan tempat pemegang skru telah dibaiki.


Kipas serta heatsink laptop juga telah diservis dan dicuci.Laptop berkeadaan baik.Jika berminat nak baiki Laptop/PC , boleh hubungi 0122411959


Related Posts by Categories

0 comments:

Post a Comment